Rabu, 11 Januari 2012

Sandarkan dengan emas

untuk post kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman otai emas public gold yang menggunakan emasnya untuk menggandakan kuasa belinya...mari kita ikuti kisah.

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi secara "Real Experience", bagaimana konsep yang saya praktiskan ini, benar2 berhasil dan ternyata memberikan keuntungan kepada saya.

Teknik ini saya gunakan untuk membuat bayaran Down Payment kereta saya yang berjumlah RM 30,000.00 pada bulan 4 yang lalu. Ketika itu, saya tidak mempunyai tunai sebanyak itu, tetapi saya mempunyai Gold Bar 100 gram sebanyak 3 keping yang saya beli pada bulan Januari pada harga kira2 RM15,000 sekeping.


Jadi, total keseluruhan emas 300 gram tersebut saya beli pada harga RM45,000.00 sahaja. Jadi, untuk membayar Down Payment kereta baru saya, saya cuma perlu memajakkan Gold Bar tersebut di Agro Bank (pada ketika itu pajakan masih diterima) dan hasil dari pajakan tersebut saya mendapat tunai 70% dari keseluruhan nilai emas itu.

Pengiraannya ialah :


300g x RM150 = RM45,000.00 (Nilai Semasa)


dan saya mendapat tunai 70% dari nilai semasa, iaitu :


RM45,000.00 x 70% = RM31,500.00


Wang RM30,000.00 tersebut saya gunakan untuk membayar Down Payment kereta saya, dan baki RM1,500.00 akan saya gunakan untuk membayar upah simpan. Jadi, kereta baru saya ada, Emas 300g juga masih milik saya!!


Pada Bulan Ogos yang lalu, harga Emas 100g telah pun mencecah RM20,000.00 sekeping!!




Ketika itu saya menjualkan kesemua Gold Bar tersebut, dan saya mendapat RM60,000.00!!


Pengiraannya :


RM 20,008.00 x 3 = RM 60,024.00


RM 60,024.00 - RM 31,500.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM28,524.00


Di permulaan pajakan tadi, saya ada tunai berbaki RM1,500.00 dan tunai itu saya gunakan untuk membayar upah simpan selama 5 bulan bermula bulan 4 sehingga bulan 8. Pengiraannya ialah :


RM 31,500.00 x 0.65% = RM204.75 (sebulan) x 6 bulan = RM1,023.75 (Upah untuk 5 bulan)


Jadi selepas membayar upah, ia masih berbaki RM 476.25 + RM 28,524.00 = RM 29,000.25.


Bermakna, dengan hanya mempunyai RM 45,000.00, dan selepas membayar Down Payment kereta baru berjumlah RM 30,000.00, saya masih mempunyai tunai berbaki RM 29,000.00, atau dalam ertikata lain Down Payment kereta saya taadi cuma RM 16,000.00 sahaja!!


Ajaib bukan? ye, ini lah yang akan berlaku bila anda menyandarkan wang tersebut dengan emas terlebih dahulu. Bayangkan jika saya membayar tunai kesemua jumlah RM 30,000.00 tersebut, pasti wang RM45,000.00 saya tadi hanya tinggal RM15,000.00 sahaja.


Anda juga boleh menggunakan konsep yang sama jika ingin membayar sesuatu dalam amaun yang besar seperti membayar Down Payment rumah, membeli kereta, motosikal dan sebagainya, dan ketika ini Gold Bar tidak boleh dipajakkan, maka anda boleh menggunakan konsep yang sama dengan membeli Rantai i-Jewellery pula.


Saya pasti, ramai dikalangan anda yang ingin membeli sesuatu dengan bayaran tunai sebagai Down Payment ketika ini, jadi jangan lupa sandarkan dahulu ya! hubungi saya untuk membeli Emas sebagai sandaran anda!
 
sumber:http://hargaemas999.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan